Assalamualaikum and hi!
Jadi, ni resepi kedua yang saya nak kongsikan. Hidangan yang ringkas, mudah dan ringan, sesuai untuk hidangan sarapan. Antara favourite saya:) Ni pun belajar dari mak saya jugalah.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1) Roti keping (eg. Gardenia, Hi-5) -- 5 keping
2) Telur -- sebiji
3) Susu pekat (eg. F&N) -- 3 sudu besar
4) Marjerin (eg. Planta)
tu je bahannye? Ye saya, mudah je.
*bahan-bahan tersebut untuk 5 keping roti sahaja. Kalau nak hidangkan banyak, gandakan bahan2.
Cara-cara:
1) Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sekejap.
2) Masukkan susu pekat 3 sudu ke dalam mangkuk berisi telur dan pukul sehingga sebati.
3) Potong roti kepada 4 bahagian atau 6 bahagian (atau saiz yang anda suka)
4) Panaskan kuali atau pan leper, ambil marjerin dan sapu pada pan yang panas (bg menggantikan minyak)
5) Celup satu demi satu roti yang telah dipotong ke dalam telur + susu dan letak di atas pan. Biarkan hangit sedikit, kemudian terbalikkan roti.
*hangit memberi lebih kerangupan sebab gula dalam susu tu mngeras
6) Hidangkan bersama secawan teh panas. Anda pasti nak lagi!
SELAMAT MENCUBA!
Mulakan hari dengan senyuman manis dan perut kenyang :)
No comments:
Post a Comment