Bahan-bahan yang diperlukan:
1) Bawang merah -- 3 ulas (ditumbuk / blend)
2) Bawang putih -- 2 ulas (ditumbuk / blend)
3) Ikan bilis -- segenggam (ditumbuk / blend) & segenggam lg (tak perlu tumbuk)
4) Sayur-sayuran pelbagai jenis (eg. karot, sayur bayam, sayur sawi, bunga kubis) -- kuantiti terpulang masing2 (potong ikut saiz masing2, lebih cantik kalau kecil bak kata mama)
5) Garam
6) Lada hitam
7) Bawang besar / Bawang Holland -- separuh dipotong bulat
Cara-cara:
1) Panaskan kuali dan tuang minyak, pastikan minyak tu panas baru masuk bahan (sedikit sahaja diperlukan sekadar untuk menumis)
2) Masukkan bawang merah, bawang putih, ikan bilis yang telah ditumbuk or blend. Tumis sehingga naik bau dan warna tumisan menjadi kekuningan (tanda dah masak la)
3) Tambah bawang besar yang telah dipotong ke dalam kuali dan biar seketika sehingga bawang masak (jadi warna putih).
4) Kemudian masukkan ikan bilis yang tidak diblend (pastikan ikan bilis sudah dibasuh sebelum digunakan)
5) Masukkan sayur yang telah dibasuh dan ditos (tapis) ke dalam kuali, biarkan masak seketika.
6) Tambah garam dan lada hitam sebagai perasa.
**sayur jangan dimasak terlalu lama, bak kata orang tua nanti zat hilang**
*Kalau nak berkuah, tambah sedikit sahaja air sebelum nombor 5, pastikan mendidih dahulu
SELAMAT MENCUBA!!
"Jangan risau untuk memasak, campak je, asalkan tak memabukkan, awak dikira berjaya." - Mama
Berwarna-warni kan sayur goreng saya?
No comments:
Post a Comment