Saturday, 3 September 2016

Resepi Nasi Goreng Mudah (Sarapan)

Assalamualaikum and hi!
Baru berkesempatan untuk berkongsi resepi seterusnya.
Resepi ni, masa belajar dulu, mama bagi yang mudah untuk belajar, jadi saya bagi yang ni sebagai rujukan anda. Untuk yang lebih simple, saya akan post kemudian.

Kalau pelajar, nasi goreng ni bukan sahaja sesuai untuk sarapan, tapi tgh hari dan malam pun boleh sebab senang nak buat.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Bawang merah -- 4 ulas (ditumbuk / blend)
2) Bawang putih -- 3 ulas (ditumbuk / blend)
3) Cili boh / chilli paste -- 2.5 sudu besar
4) Ayam / daging / sotong -- kuantiti terpulang (dipotong dadu / kecik2)
5) Nasi -- kuantiti terpulang (sesuai untuk 4 orang makan mungkin)
6) Cili sos / Kicap
7) Sayur sawi / Karot / yang bersesuaian -- kuantiti terpulang
8) Garam
9) Gula
10) Serbuk lada hitam

Cara-cara:

1) Tumis bawang merah dan putih yang telah ditumbuk dalam kuali berisi sedikit minyak yang sudah panas sehingga masak (kekuningan).

2) Masukkan cili boh, tumis sehingga masak (pecah minyak dan warna berubah)

3) Masukkan ayam / daging / sotong ke dalam kuali. Biarkan sehingga masak.

4) Kemudian masukkan sayur dan biarkan masak sekejap (takut sayur terlalu layu kalau lama)

5) Masukkan nasi ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati (warna nasi semua dah kena warna merah cili boh tu)

6) Jika nak warna nasi cantik, tambahkan sos dan/atau kicap. (jangan gaul lagi)

7) Tambah garam, gula dan serbuk lada hitam sebagai perasa.

8) Try nasi tu sikit, dan ANDA TELAH BERJAYA !

SELAMAT MENCUBA :)
"Jangan risau untuk memasak, campak je, asalkan tak memabukkan, awak dikira berjaya." - Mama



Nampak sedap kan? Nyumnyummm .. 


No comments:

Post a Comment