Wednesday, 31 August 2016

Resepi Tom Yam

Resepi pertama saya, Tom Yam. Eh, resepi belajar dari mak saya hehe.
Sebelum itu, saya nak minta maaf sebab tiada gambar untuk resepi ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Perencah Tomyam / Tomyam paste -- 1 pek (sediakan 2 jika mahu pekat)
2) Bawang putih -- 5 ulas (diketuk)
3) Serai -- 3/4 batang (diketuk)
4) Bawang besar / bawang Holland -- 1 ulas (dipotong bulat)
5) Tomato, bunga kubis, karot, sayur2 yang bersesuaian -- kuantiti ikut selera masing2
6)  Udang, sotong, ayam, daging -- ikut selera masing2 (nak buat sejenis pun takpe)
7) Air asam jawa -- 2 sudu besar (letak dalam bekas, ramas, dan ambil airnya sahaja. biji sila buang)
8) Daun limau purut -- 4 helai

*air asam jawa tu untuk masamkan tomyam, kalau nak masam, letak byk2.

Cara-cara:

1) Rebus ayam dan daging sehingga masak dalam periuk berisi air. Kuantiti air ikut kehendak masing-masing, jika nak kuah banyak, letak air banyak2.

2) Masukkan bawang putih, perencah tomyam dan serai sehingga mendidih.

3) Masukkan sotong dan udang. Biarkan mendidih.

4) Masukkan segala jenis sayur yang anda mahu. pastikan sayur yang keras dimasukkan terlebih dahulu seperti karot. Tomato dimasukkan kemudian (takut hancur kalau masukkan awal)

5) Tambahkan garam dan gula ikut selera anda. Jangan lupa daun limau purut yang telah dipotong dua untuk menambahkan aroma pada masakan, juga masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.

6) Tuangkan air asam jawa kedalam periuk dan masukkan tomato.

7) Biarkan mendidih dan ANDA TELAH BERJAYA :)

SELAMAT MENCUBA!
"Jangan risau untuk memasak, campak je, asalkan tak memabukkan, awak dikira berjaya." - Mama

No comments:

Post a Comment