Thursday, 8 September 2016

Resepi Ikan Masak Kicap

Hi semua!
Jadi, ni resepi simple jugak, senang dan cepat je untuk disediakan.
Untuk resepi yang lebih complicated, anda boleh search kt google hehehe.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Bawang merah -- 4 ulas (ditumbuk / blend)
2) Bawang putih -- 5 ulas (ditumbuk / blend)
3) Kunyit -- 1/2 panjang jari kelingking anda (=D) (ditumbuk)
4) Kulit kayu manis -- 1 batang
5) Halia -- 1/2 panjang jari kelingking anda (=D) (ditumbuk)
6) Ikan kembung -- 2 ekor (dikelar)
7) Cili boh / cili kering / chilli paste -- 1 1/2 sudu besar
8) Kicap
9) Garam
10) Gula
11) Tepung jagung
12) Serbuk lada hitam
13) Bawang holland -- 1/2 ulas (dipotong bulat)

Cara-cara:

*Perap ikan

1) Tumbuk 2 ulas bawang putih dan kunyit sehingga lumat.

2) Taburkan garam 1 sudu besar ke atas ikan dan ratakan bahan yang ditumbuk beserta garam sehingga sebati.

3) Tinggalkan ikan selama 30 minit. (Lagi lama lagi sebati)
Goreng ikan sehingga masak.

*Untuk buat kuah

4) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk menggunakan minyak yang digunakan unutk menggoreng ikan (kurangkan minyak tersebut). Masukkan juga kulit kayu manis ke dalam tumisan.

5) Masukkan cili boh dan biarkan masak betul2 (kalau tak, sakit perut nnt). Masukkan bawang holland dan biarkan sehingga masak.

6) Masukkan kicap. Kalau nak berkuah, masukkan air sedikit dan biarkan mendidih.
Jika tambah air, perlu letak sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.

7) Masukkan garam, gula, serbuk lada hitam secukup rasa. SIAP !!

SELAMAT MENCUBA!!
"Jangan risau untuk memasak, campak je, asalkan tak memabukkan, awak dikira berjaya." - Mama



TARAAAA :)

Resepi Nasi Goreng Malas (Sarapan)

Assalamualaikum n hi!
Maaf sebab dah lama tak post, ade masalah sikit.
So, berdasarkan tajuk resepi (saya reka sendiri), ade sebab lah kenapa malas tu digunakan.
Sesuai disediakan jika dalam keadaan tergesa-gesa sebab lambat ke kelas atau sebab lapar sangat.
Ikuti resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Nasi
2) Telur -- 2 biji
3) Kicap
4) Bawang goreng
5) Garam -- 1/2 sudu besar

Cara-cara:

1) Panaskan minyak, dan pecahkan telur. Kacau telur menggunakan sudip untuk dijadikan scrambled eggs.

2) Keluarkan telur dan masukkan ke dalam bekas nasi, gaulkan kedua-duanya sehingga sebati. Minyak berlebihan dalam kuali perlulah dibuang.

3) Masukkan nasi dan telur tersebut ke dalam kuali yang sama dan kacau di dalam kuali (tujuan: panaskan nasi). Kemudian, masukkan kicap sedikit demi sedikit dan gaul sehingga rata.

4) Masukkan garam dan bawang goreng. SIAP!

SELAMAT MENCUBA !!


Beginilah rupanya. HAHAHA.

Saturday, 3 September 2016

Resepi Nasi Goreng Mudah (Sarapan)

Assalamualaikum and hi!
Baru berkesempatan untuk berkongsi resepi seterusnya.
Resepi ni, masa belajar dulu, mama bagi yang mudah untuk belajar, jadi saya bagi yang ni sebagai rujukan anda. Untuk yang lebih simple, saya akan post kemudian.

Kalau pelajar, nasi goreng ni bukan sahaja sesuai untuk sarapan, tapi tgh hari dan malam pun boleh sebab senang nak buat.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Bawang merah -- 4 ulas (ditumbuk / blend)
2) Bawang putih -- 3 ulas (ditumbuk / blend)
3) Cili boh / chilli paste -- 2.5 sudu besar
4) Ayam / daging / sotong -- kuantiti terpulang (dipotong dadu / kecik2)
5) Nasi -- kuantiti terpulang (sesuai untuk 4 orang makan mungkin)
6) Cili sos / Kicap
7) Sayur sawi / Karot / yang bersesuaian -- kuantiti terpulang
8) Garam
9) Gula
10) Serbuk lada hitam

Cara-cara:

1) Tumis bawang merah dan putih yang telah ditumbuk dalam kuali berisi sedikit minyak yang sudah panas sehingga masak (kekuningan).

2) Masukkan cili boh, tumis sehingga masak (pecah minyak dan warna berubah)

3) Masukkan ayam / daging / sotong ke dalam kuali. Biarkan sehingga masak.

4) Kemudian masukkan sayur dan biarkan masak sekejap (takut sayur terlalu layu kalau lama)

5) Masukkan nasi ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati (warna nasi semua dah kena warna merah cili boh tu)

6) Jika nak warna nasi cantik, tambahkan sos dan/atau kicap. (jangan gaul lagi)

7) Tambah garam, gula dan serbuk lada hitam sebagai perasa.

8) Try nasi tu sikit, dan ANDA TELAH BERJAYA !

SELAMAT MENCUBA :)
"Jangan risau untuk memasak, campak je, asalkan tak memabukkan, awak dikira berjaya." - Mama



Nampak sedap kan? Nyumnyummm .. 


Thursday, 1 September 2016

Resepi Sayur Goreng

Assalamualaikum. Sayur adalah antara hidangan yang wajib ada atas meja rumah saya setiap kali makan. Salah satu hidangan yang saya sediakan ialah sayur goreng. Tak susah nak buat, campak2 je.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Bawang merah -- 3 ulas (ditumbuk / blend)
2) Bawang putih -- 2 ulas (ditumbuk / blend)
3) Ikan bilis -- segenggam (ditumbuk / blend) & segenggam lg (tak perlu tumbuk)
4) Sayur-sayuran pelbagai jenis (eg. karot, sayur bayam, sayur sawi, bunga kubis) -- kuantiti terpulang masing2 (potong ikut saiz masing2, lebih cantik kalau kecil bak kata mama)
5) Garam
6) Lada hitam
7) Bawang besar / Bawang Holland -- separuh dipotong bulat

Cara-cara:

1) Panaskan kuali dan tuang minyak, pastikan minyak tu panas baru masuk bahan (sedikit sahaja diperlukan sekadar untuk menumis)

2) Masukkan bawang merah, bawang putih, ikan bilis yang telah ditumbuk or blend. Tumis sehingga naik bau dan warna tumisan menjadi kekuningan (tanda dah masak la)

3) Tambah bawang besar yang telah dipotong ke dalam kuali dan biar seketika sehingga bawang masak (jadi warna putih).

4) Kemudian masukkan ikan bilis yang tidak diblend (pastikan ikan bilis sudah dibasuh sebelum digunakan)

5) Masukkan sayur yang telah dibasuh dan ditos (tapis) ke dalam kuali, biarkan masak seketika.

6) Tambah garam dan lada hitam sebagai perasa.

**sayur jangan dimasak terlalu lama, bak kata orang tua nanti zat hilang**
*Kalau nak berkuah, tambah sedikit sahaja air sebelum nombor 5, pastikan mendidih dahulu

SELAMAT MENCUBA!!
"Jangan risau untuk memasak, campak je, asalkan tak memabukkan, awak dikira berjaya." - Mama


Berwarna-warni kan sayur goreng saya?

Resepi Roti Telur Susu (Sarapan)

Assalamualaikum and hi!
Jadi, ni resepi kedua yang saya nak kongsikan. Hidangan yang ringkas, mudah dan ringan, sesuai untuk hidangan sarapan. Antara favourite saya:) Ni pun belajar dari mak saya jugalah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1) Roti keping (eg. Gardenia, Hi-5) -- 5 keping
2) Telur -- sebiji
3) Susu pekat (eg. F&N) -- 3 sudu besar
4) Marjerin (eg. Planta)

tu je bahannye? Ye saya, mudah je.
*bahan-bahan tersebut untuk 5 keping roti sahaja. Kalau nak hidangkan banyak, gandakan bahan2.

Cara-cara:

1) Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sekejap.

2) Masukkan susu pekat 3 sudu ke dalam mangkuk berisi telur dan pukul sehingga sebati.

3) Potong roti kepada 4 bahagian atau 6 bahagian (atau saiz yang anda suka)

4) Panaskan kuali atau pan leper, ambil marjerin dan sapu pada pan yang panas (bg menggantikan minyak)

5) Celup satu demi satu roti yang telah dipotong ke dalam telur + susu dan letak di atas pan. Biarkan hangit sedikit, kemudian terbalikkan roti.
*hangit memberi lebih kerangupan sebab gula dalam susu tu mngeras

6) Hidangkan bersama secawan teh panas. Anda pasti nak lagi!

SELAMAT MENCUBA!
Mulakan hari dengan senyuman manis dan perut kenyang :)