Resepi pertama saya, Tom Yam. Eh, resepi belajar dari mak saya hehe.
Sebelum itu, saya nak minta maaf sebab tiada gambar untuk resepi ni.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1) Perencah Tomyam / Tomyam paste -- 1 pek (sediakan 2 jika mahu pekat)
2) Bawang putih -- 5 ulas (diketuk)
3) Serai -- 3/4 batang (diketuk)
4) Bawang besar / bawang Holland -- 1 ulas (dipotong bulat)
5) Tomato, bunga kubis, karot, sayur2 yang bersesuaian -- kuantiti ikut selera masing2
6) Udang, sotong, ayam, daging -- ikut selera masing2 (nak buat sejenis pun takpe)
7) Air asam jawa -- 2 sudu besar (letak dalam bekas, ramas, dan ambil airnya sahaja. biji sila buang)
8) Daun limau purut -- 4 helai
*air asam jawa tu untuk masamkan tomyam, kalau nak masam, letak byk2.
Cara-cara:
1) Rebus ayam dan daging sehingga masak dalam periuk berisi air. Kuantiti air ikut kehendak masing-masing, jika nak kuah banyak, letak air banyak2.
2) Masukkan bawang putih, perencah tomyam dan serai sehingga mendidih.
3) Masukkan sotong dan udang. Biarkan mendidih.
4) Masukkan segala jenis sayur yang anda mahu. pastikan sayur yang keras dimasukkan terlebih dahulu seperti karot. Tomato dimasukkan kemudian (takut hancur kalau masukkan awal)
5) Tambahkan garam dan gula ikut selera anda. Jangan lupa daun limau purut yang telah dipotong dua untuk menambahkan aroma pada masakan, juga masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.
6) Tuangkan air asam jawa kedalam periuk dan masukkan tomato.
7) Biarkan mendidih dan ANDA TELAH BERJAYA :)
SELAMAT MENCUBA!
"Jangan risau untuk memasak, campak je, asalkan tak memabukkan, awak dikira berjaya." - Mama
Wednesday, 31 August 2016
Introduction From Me
Harini harapnya merupakan permulaan yang baik untuk seorang Sya memulakan semula blogging setelah sekian lama. Blog ni dihasilkan atas permintaan seorang sahabat yang inginkan resipi-resipi masakan (first time berjauhan dengan family dan kena masak sendiri). Sahabat ni dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara, jadi kena ada kemahiran dan rujukan untuk memulakan kehidupan di negara orang. Resipi yang bakal dikongsi ni yg simple2 je.
Bagi yang bertanya apa maksud 'Vierecettes', perkataan tersebut berasal daripada bahasa French bermaksud 'life recipes' atau 'resipi kehidupan'.
Blog ini bukan sahaja akan saya gunakan untuk berkongsi resipi masakan, saya juga akan berkongsi tentang kehidupan. Cumanya, niat sebenar perlu didahulukan. Harapnya dapat membantu sesiapa yang memerlukan bantuan ini.
Saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen.
Salam perkenalan people =)
Bagi yang bertanya apa maksud 'Vierecettes', perkataan tersebut berasal daripada bahasa French bermaksud 'life recipes' atau 'resipi kehidupan'.
Blog ini bukan sahaja akan saya gunakan untuk berkongsi resipi masakan, saya juga akan berkongsi tentang kehidupan. Cumanya, niat sebenar perlu didahulukan. Harapnya dapat membantu sesiapa yang memerlukan bantuan ini.
Saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen.
Salam perkenalan people =)
Subscribe to:
Comments (Atom)